Friday, June 22, 2007

MUST-IN 2007 dari mata saya

yesh. andaikata anda nak tahu ke mana saya pergi untuk weekend lepas (Jun 15-17), meh saya bgtau. senang cite laa kan, aku nak cite psl program yg aku ikut kat skolah ari tu. wasshoi~

Program Muslim Student Intelligent (MUST iN) @ SMASKP
(Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah)
anjuran bekas pelajar2 batch 3 + batch 4

JUN 15, Jumaat.

aku sampai skolah round 4.00 pm. serius rindu gle nak mampos ngan skolah nih masa nak masuk gate de. yang lain dah sampai sejak semalam, dah bermeeting bagai. maka aku datang tanpa persediaan apa2 laa kiranya. serius rasa lost semacam. hee. melepak kat DS (Dewan Selera) ngan Kak Slim, Ily, Mai, ada bdk laki bape org yg aku x igt sape. then masuk Asar.


sempat plak nak amek2 gmbr kan. rindu gle semayang kat surau nih. pastu ada riadhah (dah xleh panjat Bukit Soo Kee lg dah...rugi gle) ngan adik2.


memula tu aku join ar main bola beracun. pastu diorg tukar game, main sumthin cam netball...aku mane laa reti main netball. maka aku pun berundur dan jadi spectator je. huhu.


ni ar tempat berucap masa perhimpunan setiap pagi masa kat skolah ni.
dulu sume org wajib buat public speaking kat sini. yang laki mesti akan menghadap ke arah barisan laki, yang pompuan plak mesti akan menghadap ke arah barisan pompuan. ntah ar nape xleh nak menghadap kat the whole attendees. kelakar plak. yang kena denda depan ni pun ada gak. aku pnah kena sebab slalu balik asrama lambat. keke.

then makan, mandi siap2 sume, Maghrib kat surau.


kuliah Maghrib. ni pun aku rindu gle. biasanya antara ustaz2 atau pelajar2 sendri yang bagi kuliah. kami budak pompuan ske ar dpt tgk kehebatan budak laki berucap (saya mengaku~). ngahaha. malam tu ahli panel de, dari kiri : tak igt sape (sori!!), budak form 5, Barra', Saifullah.

then Isyak, pastu pegi Dewan untuk perasmian program.


Jannah aka Pengarah untuk program ni berucap kat depan. de kata nervous gle2, tapi aku tgk cam rilek je. kagum ar.


mereka disuruh nyanyi lagu skolah...best plak tu lagu nih. time aku dulu mane de lagu skolah lagi. serius bersemangat gak ar masa dengar diorg sume nyanyi ngan penuh perasaan.

lepas perasmian dibahagikan kumpulan. ngan weirdnya aku jadi fasilitator untuk group SATU. dah laa datang paling last, jadi fasi untuk group PERTAMA. camne diorg susun fasi + group pun aku xtau. tapi group aku best ar. kitorang fasi kena share experience of outside world ngan group memasing...tapi aku dah laa x reti bercakap btul2. plus plak kolej aku cam mangkuk kan. nasib gak ada Atul yang volunteer nak join group aku share dia nyer experience. budak2 ni pun takde laa senyap je, diorang pun sporting gak. hoho.

lepas perasmian ada post mortem sket. aku cam bese ar dengar tapi masuk telinga kanan melantun kuar balek. keke.


supper -- nampak tak tinggi mana makanan atas pinggan tu? (sori korg XD) bese ar tu, orang2 yang dah keje kuat, kena ar ganti balik tenaga kan. tido pun kena ada tenaga gak.

malam tu sangat sejuk...tapi dapat rasa balik perasaan tido skolah, sangat hepi.

JUN 16, Sabtu.

ada Qiamullail pukul 4.30 pagi. then Subuh, pastu ada senaman pagi...kitorang wat senamrobik. gle ar diorang. haha...seronok weh. bersenam SELEPAS mandi memang seronok...(sape suruh mandi dulu ye dak?).
pastu sarapan, then berkumpul kat surau untuk ceramah oleh Ustaz Halim.
Ustaz Halim adalah pengetua kitorang masa kitorang skolah sini, tapi dalam tahun lepas rasanya dah tukar pengetua. incidentally pengetua baru pun nama Halim jugak. hee.


Ustaz Halim nyer ceramah cam yang dijangka, sangat best. sampai diorang panggil fasi2 kuar untuk briefing aktiviti seterusnya aku tak kuar. haha.

lepas ceramah start LDK 1 (latihan dalam kumpulan...kalo tak silap :P). buat kat Dewan Terbuka (atau dalam kata lain, kantin).
aktiviti pertama : Restoran.


diorang, secara berkumpulan, adalah pengusaha restoran yang berjaya dan dah bukak cawangan kat negara2 luar. diorang dikehendaki buat menu atau apa2 je mende menarik untuk tarik customer. dalam masa sama diorang kena pertahankan prinsip Islam.
aku sendri rasa kagum ngan apa yang diorang buat. serius hebat.

abis aktiviti around tengah hari, makan, Zuhur, then sambung LDK 2.


aktiviti 2 : Coret2 Kehidupan
kitorang fasi2 kena tunjukkan group memasing beza antara belajar tanpa matlamat + belajar ada matlamat. guna kertas mahjong + magic kaler. sila bayangkan sendri XD

aktiviti 3 : Pekak, Bisu, Peka
gambar2 atas tu tunjukkan aktiviti ni. setiap group diberi envelope ngan pieces of A4 size puzzle of different colors. diorang dikehendaki buat puzzle satu kaler je, dan untuk achieve tu diorang kena mintak dari group2 lain. the catch is, diorang takleh guna suara. buat laa apa cara pun, janji takleh bersuara. fasi2 boleh ganggu, kacau, intimidate, etc diorang (kitorang bleh ar gne suara) nak tengok kesabaran diorang. seronok gle kaco budak2 nih. puzzle tu susah gak aku tengok, tapi ada laa yang dapat siapkan dalam time tu. tabik!!


ni view dari Dewan Terbuka...dataran tempat kitorang nyer perhimpunan. petang2 ni jadi tempat budak pompuan main (slalu main bola beracun).

secara rasminya LDK dah abes. then Asar, riadhah (yang larat ar. fasi2/urusetia yang tak larat tu merehatkan diri kat bilik XD), dinner, mandi. pastu Maghrib, ada forum sket. lepas Isyak ada ceramah oleh Ustaz Hasnan. ceramah ustaz ni pun seronok jugak, tapi concentration diganggu sebab fasi2 kena panggil kuar lagi untuk briefing aktiviti 'mengejut' japgi. heheh.

abes je ceramah tu (tajuk : Cabaran + Harapan) kitorang mintak budak2 ni jangan pegi memana, konon ada sambungan untuk ceramah tadi. then drama kami pun bermula...biasa ar kan, malam last memana program ada sesi 'menitiskan air mata' aka muhasabah diri. cuma kitorang nyer aku rasa extreme gak ar. ketua fasi suruh kitorang jadi violent abes ngan adik2 nih, tapi aku duduk je kat belakang...ada laa aku ulang alik pegi depan, konon tunjuk muka garang (kononnn) pastu balik belakang. heheh. tak reti ar nak tunjuk garang nih.

pastu, lepas abes aktiviti mengharukan + touching + kesedaran ni, wat post mortem pendek (time tu pun dah pukul 1 kot), sempat amek gambar plak group laki + group pompuan (tapi kamera aku xde gambar2 tu!! akh). balik bilik tido cam kayu sampai pagi. entah ada Qiamullail ntah tidak, tak sedar. eheh.

JUN 17, Ahad.

aktiviti pagi tu lepas sarapan : Explorace~
aku jaga checkpoint "Baby Baru!" aka umah Ustaz Baha. kat padang depan umah tu. task kat checkpoint aku? kutip kemuncup sorang 5 batang. taknak lebih taknak kurang. taknak tumbuhan lain, nak kemuncup gak.
senang gle task.
ada 10 checkpoint sume, dari depan skolah sampai laa ke belakang. dah laa skolah tu sangat luas. gle ar hebat diorang berkejar2 sana sini. kitorang plak seronok kenakan adik2 nih kat checkpoint memasing. (checkpoint aku takde denda, checkpoint2 yang bleh kenakan denda tu lagi laa seronok.)


checkpoint terakhir kat dataran. kat situ diorang kena lengkapkan task memasing (bina bangunan guna lidi sate + siapkan puzzle...lagi). oh ye, diorang ada 'trademark' (cheer) untuk group memasing. best gle weh.

pastu...sampai acara penutup. majlis penutup kat DS (lunch skali).


sementara tunggu majlis start. makanan dibiarkan sejuk begitu sahaja T^T

sebelum majlis start, 'pemangku' ketua fasi Shazani ada ajar 'tepuk semangat' ke apa ntah namanya. sbnrnya dari malam tadi de ada ajar, tapi kat budak laki je. buat reramai jadi gempak plak. malangnya aku tak dapat tangkap...sampai ar kat umah. tengok balik video baru dapat catch up. gle lambat.


MC majlis, Natrah. dinding blakang tu, time kitorang skolah sini, takde cantik bercat camtu. haha. kat tempat ni gak ar aku slalu main ping pong ngan Kak Slim. sampai terer main ping pong...takde laa terer pun, ok2 je. ngehehe. gle ketagih ping pong ar time tu. satu2nya sport yang aku terer main.

abes ucapan sume, boleh makan dah...ditemani slideshow of the stuff yang happened along program ni. video + gambar2 sepanjang program kena tayang kat depan...haha.


amek gambar sume2 + pengetua. ni je satu2nya group photo yang aku ada...sedey ar. tak center!! waaakh. nak gambar lain!!
(carik ar aku...pendek je)

pastu...kemas2 barang...balik dah...wah sedeyyy!! nak stay lama lagi...tapi tak bersebab plak kan. nak stay lelama, nak borak ngan member2 lagi lama, nak tau up-to-date apa yang diorang buat sekarang, nak reminisce balik time skolah dulu. tapi nak wat camne kan, masa tu sangat pendek.
balik ada orang antar sampai umah trus weh...rasa sangat bertuah (ingat nak amek bas je, balik sama Mai + Yuni tapi ada rezeki X3) sampai phone tertinggal dalam keta orang. gle laa. nasib gak keta tu milik orang yang dikenali, duduk pun tak jauh. *phew*

itu laa...Program MUST iN dari mata saya. hohoho.

ps : sori entry tak formal. tapi seronok menaip. haha.

ps2 : baru sedar tak publish pun entry ni...ahaha...(ditaip pada : 21 Mei 2008)

No comments: