Wednesday, December 10, 2008

Down Memory Lane ;MUST IN 2008

MUST IN 2008

MUST IN 2008 was a motivational program that organized by the ex-students especially my batch, it was intentionally to motivates the students of the school before the upcoming SPM. What interesting is , the program was organized by Ex-students, the committee and the facilitators are also ex-student. So, the program was held when all of us were in semester break.

MUST IN stands for Muslim Student Intelligent.

The Promo Poster for the program

The program was a second after one held back previous years, the were many feedbacks's and comments and also critics. And unfortunately, I was appointed as the "Director" for the second program.
In addition, I already knew it would be pain in the ass from day one.

The problems is, yeah, it definitely kind a hard to organize and planning when all your committees and facilitators were through all over the universities in Malaysia. So,when I wanna held a meeting, I need to reconsiders the others schedule. It's really hard for me, really put up my effort and my time for this, I also sacrificed my whole semester break and weekends before to put it up together. It was as part of our way to repay our debt to the school, there were no incentive to do it tough. It was mostly volunteer effort from all of us.

The main challenge is not how to organize the program as I already have plenty of time to schedule and plan the program. But, it how we please the Schools and the students, Yeah.



When we're about to held a program in a school, the schools teachers would ask, what are the benefits, how would you do it, and so many others questions. Grr.

From previous similar motivational program back one year earlier where I'm not the director and even the committee , Em, more precisely, I were nobody back then, maybe there some peoples see me as a slackers. Hahaha. Previously,the students were not convinced by the motivational and the ways the facilitators and committee threat them, and the program it self. Indeed, before the MUST IN 2008 began, a bunch of students already wrote excuse letter to the warden wanted to be excused from the program, wow. Really hate that much hah.


Me in action, Ice Breaking Session


So, i took a really revolutionary steps and even some point, really totally unacceptable as it was a motivational program when I set up the motivational group work, the planning and the schedule. My ideas is wanna do a motivational program that is stress-free for the student but really stressful for me, hahaha.


I took a step were, the schedule for the program was so flexible and ease for the students as example, there were no activities in the evening and late night so that they could do whatever they want.


What a happy faces, A group of student in one of the activities

The program was a successful and I reveiced a quite bunch of congrats from the students and teachers, I thanked a lot to my committee and the facilitators as they done their job well. Even, the students earlier wrote an excuse letter amused and gave a 5-star for the program.


Yeah, I aslo made a suprise as I welcomed the first malay to conquer the mount Everest and made a journey to all over the world in bike and bicycle , Muqarobin Mokhtarudin. Yeah dude! Google for it! to give a motivational talk to the students.


Some of the students with Muqarobin



The Committee and Facilitators with Muqarobin















































































































THANKS FOR ALL WHO HELPED AND PARTICIPATED IN THIS PROGRAM, IT WAS A GREAT PLEASURE TO WORK WITH ALL OF YOU! BRAVO2.

May Allah bless your effort and what you've done


MISS You ALL




Saturday, December 6, 2008

Minit Mesyuarat Pembentukan Jawatankuasa Baru Alumni SMASKP (Mesyuarat Jawatankuasa Penaja)

Seperti yang tertera pada tajuk post ini,
saya diminta oleh saudari Nor Akmar Atan untuk post-kan minit mesyuarat berkenaan pembentukan jawatankuasa baru Alumni SMASKP.

MINIT MESYUARAT PEMBENTUKAN JAWATANKUASA BARU ALUMNI SMASKP
(MESYUARAT JAWATANKUASA PENAJA)

Tarikh : 29 November 2008
Masa : 11.00 Pagi
Tempat : Dewan Selera SMASKP

Kehadiran :

Muhammad Hafiz B Rudi
Muhammad Akmal B Aminudin
Amirrul Affzan B Anuar
Mohamad Syafiee B Sainal
Muhammad Faddli B Abdul Malik
Mohd Rahmat B Mohd Shukor
Nor Hafizan B Abdul Wahab
Mohd Zulhairi B Zulhanafi
Nur Uyun Bt Aman
Rusqiyah Bt Md Din
Azliza Bt Abu Bakar
Nuruljannah Bt Ayop
Nadzirah Bt Redzuan
Nor Akmar Bt Atan

Turut hadir :

Nur Fatimah Bt Ahmad Zairin
Dalilah Bt Mohamad Amran
Nurhidayah Bt Idris
Nur Faizzah Bt Ahmad Zairin


Agenda 1
Kata-kata aluan dari penasihat Alumni
Encik Baharuddin B Ali selaku penaihat Alumn SMASKP menzahirkan penghargaan dan mengalukan kedatangan semua bekas pelajar yang sudi meluangkan masa pada hari tersebut. Beliau juga menyatakan perasaan yang terharu dengan sokongan yang diberikan semua bekas-bekas pelajar yang masih setia berhubungan dengan pihak sekolah.

Agenda 2
Pembubaran AJK lama Alumni.
Mesyuarat pada hari itu di pengerusikan dahulu oleh penasihat Alumni sendiri sebelum pembetukan Ajk baru dibuat. Menurut beliau ini adalah kali ketiga mesyuarat yang seumpamanya dibuat tetapi malangnya AJK yang telah dibentuk di mesyuarat sebelumnya ‘tidak berjalan’ atau dalam erti kata lain tidak aktif. Sehubungan itu,beliau mengumumkan pembubaran AJK terdahulu dan menyarankan pembentukan AJK baru dibuat. Perkara ini telah di persetujui oleh semua ahli mesyuarat termasuklah bekas AJK Alumni yang telah pun dilantik dalam mesyuarat yang lepas.

Agenda 3
Perlantikan AJK Baru Alumni.
Encik Baharuddin seterusnya menyerahkan majlis kepada Saudari Nuruljannah Bt Ayop sebagai wakil beliau untuk mempengerusikan perlantikan Ajk baru dan membincangkan agenda seterusnya. Atas nasihat Encik Baharuddin, perlantikan AJK kali ini juga boleh melibatkan mereka yang tidak hadir pada hari itu dengan syarat mereka itu dipersetujui dan di ketahui kebolehannya oleh semua. Hasil perbincangan yang telus dan teratur maka terbentuk lah AJK Alumni SMASKP yang baru seperti di bawah:

STRUKTUR ORGANISASI

Penaung
Hj Abdul Halim Bin Othman

Penasihat (I)


Penasihat (II)


Yang Di Pertua (YDP)
Mohd Sabri B Jamaluddin.

Naib Yang Di Pertua (NYDP)
Nuruljannah Bte Ayop.

Setiausaha
Nor Akmar Bte Atan.

Bendahari
Mohd Rahmat B Shukor.

Jawatankuasa Kecil :

Biro Teknologi Maklumat (IT)
Nor Hafizan B Abdul Wahab

Biro Setiap Batch
Batch 1 : Mohd Rizal
Batch 2 : Rusqiyah
Batch 3 : Maizatul Akmar
Batch 4 : Nur Fatimah
Batch 5 : Mohd Zairi
Batch 6 : Nakiah

Biro Program
Amirrul Affzan B Anuar
Nadzirah Bte Redzuan

Agenda 4
Mesyuarat AJK baru : Perbicangan kertas kerja penubuhan/pendaftaran Alumni SMASKP.
Mesyuarat selanjutnya tetap dipengerusikan oleh Saudari Nuruljannah selaku NYDP mewaikili YDP yang telah dilantik tetapi tidak hadir pada hari tersebut. Perbincangan tentang kertas kerja ini berlanjutan agak lama dan tidak juga menemui penyelesaian atau kata sepakat yang memuaskan. Selaku setiausaha saya mencadangkan agar perbincangan tentang kertas kerja ini dijalankan dengan ahli Majlis Tertinggi bersama Penasihat Alumni sahaja untuk mengelakkan terlau banyak kecelaruan dan percanggahan. Perkara ini telah di persetujui dan akan di ambil tindakan oleh mereka yang berwajib.

Agenda 5
Progam Alumni yang terdekat.
Encik Baharuddin mencadangkan supaya AJK yang baru dibentuk ini menjalankan sekurang-kurangnya dua program yang terdekat. Satu program adalah untuk mengumpulkan semua belas pelajar SMASKP dari semua batch buat julung kalinya. Dan satu lagi program adalah melibatkan Alumni dengan pelajar SMASKP sekarang seperti ‘sirih pulang ke gagang’. Perkara ini akan dibincangkan dengan lebih lanjut setelah Alumni SMASKP ini telah di daftarkan secara rasminya.

Agenda 6
Usul yang dibawa dan diminta pertimbangan dari semua ahli mesyuarat.
Sebelum mesyuarat berakhir semua ahli mesyuarat diminta untuk mengemukakan sekurang-kurangnya satu usul yang membawa kebaikan kepada Alumni dan boleh diguna pakai kelak. Antara usul mereka adalah ;

Nur Uyun : Saudari Uyun menyarankan agar program perjumpaan/’gathering’ semua bekas pelajar SMASKP di jadikan acara wajib sama ada setahun sekali atau dua tahun sekali. Tambah beliau lagi, ini dapat memastikan keberlangsungan persatuan ini sekali gus merapatkan ukhwah yang telah lama terpisah.

Mohd Rahmat : Selaku bendahari beliau telah meyarankan agar yuran sebanyak
RM 20.00 setahun di kenakan kepada setiap ahli persatuan. Perkara ini telah dipersetujui oleh semua ahli mesyuarat setelah perbincangan yang agak panjang. Saudara Rahmat juga menyarankan agar semua surat dan kertas kerja di buat dalam dwibahasa iaitu Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris. Ini adalah penting dan berguna untuk mendapatkan lebih banyak penaja terutama dari syrikat swasta.

Mohd Hafis : Saudara Hafis mencadangkan supaya diwujudkan kad keahlian bagi setiap ahli persatuan. Perkara ini kedengaran menarik tetapi ia perlu dipertimbangkan sewajarnya kerana ia memakan kos.

Rusqiyah & Dalila : Kedua-dua mereka menyentuh tentang perkara yang sama iaitu tentang akaun persatuan. Mereka juga menyarankan agar semua yuran persatuan dapat di salurkan atau dimasukkan terus ke dalam akaun tersebut.

Amirrul Affzan : Beliau berharap agar semua program yang bakal di jalankan oleh persatuan akan mendatangkan faedah dari segi kewangan. Oleh itu semua ahli persatuan perlu bijak merebut setiap peluang yang ada dalam setiap program bagi menambah dana persatuan. Beliau juga menambah agar semua program yang bakal di jalankan oleh persatuan Alumni kali ini mendatangkan faedah dan keuntungan kepada semua pihak sama ada yang menganjurkan program atau mereka yang menyertai program tersebut.

Agenda 7
Penutupan.
Pengerusi mesyuarat Saudari Nuruljannah mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan kepada setiap kerjasama yang diberikan oleh semua ahli mesyuarat. Beliau juga mengharapkan agar AJK yang baru terbentuk ini dapat meneruskan aspirasi dan sekali gus melaksanakan impian kita semua bagi menubuhkan secara rasminya Alumni SMASKP. Mesyuarat ditangguhkan pada lebih kurang jam 1.15 petang.


Disediakan Oleh;

(..............................)
NOR AKMAR BINTI ATAN
Setiausaha Alumni SMASKP


Disemak dan disahkan oleh;

(...........................................)
NURULJANNAH BINTI AYOP
b.p Yang Di Pertua Alumni SMASKP.

Wednesday, June 18, 2008

SnapShot Qobin



Program MUST IN 2008- SESI CERAMAH














SALAM,


Alhamdulillah, utk Must In 08 kami berjaya
membawa public figure utk memberikan
ceramah serta pembakar semangat kepada para pelajar SMASKP.

Hehe, saudara Azrul telah berjaya mendapat persetujuan Muqharabbin Mokhtaruddin( Qobin ), anak melayu pertama yang berjaya menawan puncak Gunung Everest serta mengeliling dunia dengan basikal+motosikal.

Beliau dijeput oleh urusetia di kuala lumpur seawal 7 pagi lagi, jadi bayangkan urusetia yang bertolak dari kuala pilah nak pegi menjemput beliau.
Mereka dah bertolak dari SMASKP seawal 4 pagi lagi, supaya Qobin dapat sampai ke SMASKP tepat pada waktunya.

Kebanyakan pelajar sungguh terkejut kerana kami daat membawa satu nama besar untuk program ini, dan mereka tidak menjangkakan semua ini. Dan sebahagian mengucapkan terima kasih kepada fesi serta urusetia kerana membawa Qobin ke SMASKP.

Qobin bersetuju utk memberikan perbentangan pengalaman beliau semasa mendakai gunung everest serta ketika menjelajahi dunia dengan berbasikal serta bermotor.

Dan perbentangan beliau amat menarik, dan dapat merasakan satu motivasi ingin berusaha seperti beliau dalam diri para pelajar.

Sila click untuk maklumat lanjut mengenai Muqharabbin ( Qobin )
  1. http://www.uitm.edu.my/uitm/index.php?option=com_content&task=view&id=266&Itemid=2
  2. http://ms.wikipedia.org/wiki/Muhamad_Muqharabbin_Mokhtarrudin
  3. http://web5.bernama.com/events/merdeka50/news.php?id=273515

Wednesday, June 4, 2008

Fail, Tag Nama dan Buku Program

Salam

Hari yang meletihkan wat saya.

Saya terpaksa mendapatkan printing service yg berkualiti tetapi murah untuk membuat tempahan fail,tag nama serta Buku program.

Mula-mulanya hendak tempah di Central Market, dan rata-rata tidak menerima tempahan fail program kurang dari seribu unit.
Jikalau ada pun, harga yg diletakan bagi satu unit fail program adalah tidak masuk akal.


Jadi dalam kekalutan serta kekusutan kepala nieh, mujurlah ada seorang kawan yang mujur membantu.
Kawan saya berkerja di unit penerbitan dan percetakan sebuah IPT di lembah kelang, sanggup menawarkan bantuan dan menerima tempahan untuk program MUSTIN.


Jadi pagi tadi saya bergegas menaiki kuda sakti yang minum hanya minyak serta kalis air, hehehe, MotoR r tueh berjumpa kawan saya yg di beri gelaran GorGon ( nama alien dari planet GorGontua) hahaha.


Jadi setelah berbincang, maka persetujuan dicapai, tangan digengam erat, berjanji sumpah setia, sehidup semati. Ngeh2.

Jadi skrang saya harus menstruktur semula bugdet yg diberi. Adayoi, pening2.

Skang nak siapkan isi dlm buku progrm plak, nanti nak print.
Stkat nieh, tag nama yg direka khas dri california( sebuah daerah di india kot,gurau jerk) oleh Nad dlm proses nak printing ngan laminate dengan kos yg amat berpatutan.


Adoyai, skang penceramah plak tarik diri last2 minit, sedeih r, karang den yg bagi ceramah kang, adoyai.

Thursday, May 15, 2008

latar belakang MUST-IN

assalamua'laikum...
hm,alhamdulillah program anjuran x-student smaskp nih insyaallah akan dijadikan program tahunan..sebelum ia terus menerus menjadi tanda tanya..baiklah kiranya sy sbg ex-pgrh program nih menceritakan latar blkg program ni.

tercetusnya idea nak wat prog utk plaja2 smaskp ni dtgnya apbla sy melawat sekolah masa buln 4 thn 2006-klo tak silp la..-mase tu bincg2 dgn cikgu jun n deq nadh..cikgu jun la yg suggest kat kitorg spy x-student wat prog dgn studnt smaskp yg bertemakan ukhwah...sekadar nak mengeratkan sillaturrahim dismping menghidupkan alumni..jd dr situ la semgt sy berkobar2 utk wat prog ni...

MUST-IN (Muslim Student Intelligent) pada awlnya dikendalikan dr x-studnt batch 3,ttpi ramai yg tak dpt beri komitmen sbb busy dgn hal masing2,sy pelawa batch 4,alhamdulillah mereka dpt beri kerjasama yg baik sbb masa tu masing2 bru hbs matrik.sbg pgrh projek perintis anjuran x-student smaskp,pelbagai ujian yg perlu kami lalui memandangkan masing2 hanya berbekalkan pglmn dr U masing2..so,byk gak la perbezaan pendapat..dismping majlis tertinggi program yg semuanya terdiri dr muslimat,so ada gak la komplikasi2 tugas + emosi..(~_~)

secara jujurnya,byk kekurangan dlm program ni di bwh pengendalian sy..sy dah cuba sehabis baik..jadi sy harap,utk kedua kalinya dan seterusnya..program ni berjalan lebih lancar dan baik sbb kita dah ada pglmn dan boleh perbaiki kesilapan yg lalu..akhir kata all da best to all p(^o^)q

Friday, June 22, 2007

MUST-IN 2007 dari mata saya

yesh. andaikata anda nak tahu ke mana saya pergi untuk weekend lepas (Jun 15-17), meh saya bgtau. senang cite laa kan, aku nak cite psl program yg aku ikut kat skolah ari tu. wasshoi~

Program Muslim Student Intelligent (MUST iN) @ SMASKP
(Sekolah Menengah Agama Sains Kuala Pilah)
anjuran bekas pelajar2 batch 3 + batch 4

JUN 15, Jumaat.

aku sampai skolah round 4.00 pm. serius rindu gle nak mampos ngan skolah nih masa nak masuk gate de. yang lain dah sampai sejak semalam, dah bermeeting bagai. maka aku datang tanpa persediaan apa2 laa kiranya. serius rasa lost semacam. hee. melepak kat DS (Dewan Selera) ngan Kak Slim, Ily, Mai, ada bdk laki bape org yg aku x igt sape. then masuk Asar.


sempat plak nak amek2 gmbr kan. rindu gle semayang kat surau nih. pastu ada riadhah (dah xleh panjat Bukit Soo Kee lg dah...rugi gle) ngan adik2.


memula tu aku join ar main bola beracun. pastu diorg tukar game, main sumthin cam netball...aku mane laa reti main netball. maka aku pun berundur dan jadi spectator je. huhu.


ni ar tempat berucap masa perhimpunan setiap pagi masa kat skolah ni.
dulu sume org wajib buat public speaking kat sini. yang laki mesti akan menghadap ke arah barisan laki, yang pompuan plak mesti akan menghadap ke arah barisan pompuan. ntah ar nape xleh nak menghadap kat the whole attendees. kelakar plak. yang kena denda depan ni pun ada gak. aku pnah kena sebab slalu balik asrama lambat. keke.

then makan, mandi siap2 sume, Maghrib kat surau.


kuliah Maghrib. ni pun aku rindu gle. biasanya antara ustaz2 atau pelajar2 sendri yang bagi kuliah. kami budak pompuan ske ar dpt tgk kehebatan budak laki berucap (saya mengaku~). ngahaha. malam tu ahli panel de, dari kiri : tak igt sape (sori!!), budak form 5, Barra', Saifullah.

then Isyak, pastu pegi Dewan untuk perasmian program.


Jannah aka Pengarah untuk program ni berucap kat depan. de kata nervous gle2, tapi aku tgk cam rilek je. kagum ar.


mereka disuruh nyanyi lagu skolah...best plak tu lagu nih. time aku dulu mane de lagu skolah lagi. serius bersemangat gak ar masa dengar diorg sume nyanyi ngan penuh perasaan.

lepas perasmian dibahagikan kumpulan. ngan weirdnya aku jadi fasilitator untuk group SATU. dah laa datang paling last, jadi fasi untuk group PERTAMA. camne diorg susun fasi + group pun aku xtau. tapi group aku best ar. kitorang fasi kena share experience of outside world ngan group memasing...tapi aku dah laa x reti bercakap btul2. plus plak kolej aku cam mangkuk kan. nasib gak ada Atul yang volunteer nak join group aku share dia nyer experience. budak2 ni pun takde laa senyap je, diorang pun sporting gak. hoho.

lepas perasmian ada post mortem sket. aku cam bese ar dengar tapi masuk telinga kanan melantun kuar balek. keke.


supper -- nampak tak tinggi mana makanan atas pinggan tu? (sori korg XD) bese ar tu, orang2 yang dah keje kuat, kena ar ganti balik tenaga kan. tido pun kena ada tenaga gak.

malam tu sangat sejuk...tapi dapat rasa balik perasaan tido skolah, sangat hepi.

JUN 16, Sabtu.

ada Qiamullail pukul 4.30 pagi. then Subuh, pastu ada senaman pagi...kitorang wat senamrobik. gle ar diorang. haha...seronok weh. bersenam SELEPAS mandi memang seronok...(sape suruh mandi dulu ye dak?).
pastu sarapan, then berkumpul kat surau untuk ceramah oleh Ustaz Halim.
Ustaz Halim adalah pengetua kitorang masa kitorang skolah sini, tapi dalam tahun lepas rasanya dah tukar pengetua. incidentally pengetua baru pun nama Halim jugak. hee.


Ustaz Halim nyer ceramah cam yang dijangka, sangat best. sampai diorang panggil fasi2 kuar untuk briefing aktiviti seterusnya aku tak kuar. haha.

lepas ceramah start LDK 1 (latihan dalam kumpulan...kalo tak silap :P). buat kat Dewan Terbuka (atau dalam kata lain, kantin).
aktiviti pertama : Restoran.


diorang, secara berkumpulan, adalah pengusaha restoran yang berjaya dan dah bukak cawangan kat negara2 luar. diorang dikehendaki buat menu atau apa2 je mende menarik untuk tarik customer. dalam masa sama diorang kena pertahankan prinsip Islam.
aku sendri rasa kagum ngan apa yang diorang buat. serius hebat.

abis aktiviti around tengah hari, makan, Zuhur, then sambung LDK 2.


aktiviti 2 : Coret2 Kehidupan
kitorang fasi2 kena tunjukkan group memasing beza antara belajar tanpa matlamat + belajar ada matlamat. guna kertas mahjong + magic kaler. sila bayangkan sendri XD

aktiviti 3 : Pekak, Bisu, Peka
gambar2 atas tu tunjukkan aktiviti ni. setiap group diberi envelope ngan pieces of A4 size puzzle of different colors. diorang dikehendaki buat puzzle satu kaler je, dan untuk achieve tu diorang kena mintak dari group2 lain. the catch is, diorang takleh guna suara. buat laa apa cara pun, janji takleh bersuara. fasi2 boleh ganggu, kacau, intimidate, etc diorang (kitorang bleh ar gne suara) nak tengok kesabaran diorang. seronok gle kaco budak2 nih. puzzle tu susah gak aku tengok, tapi ada laa yang dapat siapkan dalam time tu. tabik!!


ni view dari Dewan Terbuka...dataran tempat kitorang nyer perhimpunan. petang2 ni jadi tempat budak pompuan main (slalu main bola beracun).

secara rasminya LDK dah abes. then Asar, riadhah (yang larat ar. fasi2/urusetia yang tak larat tu merehatkan diri kat bilik XD), dinner, mandi. pastu Maghrib, ada forum sket. lepas Isyak ada ceramah oleh Ustaz Hasnan. ceramah ustaz ni pun seronok jugak, tapi concentration diganggu sebab fasi2 kena panggil kuar lagi untuk briefing aktiviti 'mengejut' japgi. heheh.

abes je ceramah tu (tajuk : Cabaran + Harapan) kitorang mintak budak2 ni jangan pegi memana, konon ada sambungan untuk ceramah tadi. then drama kami pun bermula...biasa ar kan, malam last memana program ada sesi 'menitiskan air mata' aka muhasabah diri. cuma kitorang nyer aku rasa extreme gak ar. ketua fasi suruh kitorang jadi violent abes ngan adik2 nih, tapi aku duduk je kat belakang...ada laa aku ulang alik pegi depan, konon tunjuk muka garang (kononnn) pastu balik belakang. heheh. tak reti ar nak tunjuk garang nih.

pastu, lepas abes aktiviti mengharukan + touching + kesedaran ni, wat post mortem pendek (time tu pun dah pukul 1 kot), sempat amek gambar plak group laki + group pompuan (tapi kamera aku xde gambar2 tu!! akh). balik bilik tido cam kayu sampai pagi. entah ada Qiamullail ntah tidak, tak sedar. eheh.

JUN 17, Ahad.

aktiviti pagi tu lepas sarapan : Explorace~
aku jaga checkpoint "Baby Baru!" aka umah Ustaz Baha. kat padang depan umah tu. task kat checkpoint aku? kutip kemuncup sorang 5 batang. taknak lebih taknak kurang. taknak tumbuhan lain, nak kemuncup gak.
senang gle task.
ada 10 checkpoint sume, dari depan skolah sampai laa ke belakang. dah laa skolah tu sangat luas. gle ar hebat diorang berkejar2 sana sini. kitorang plak seronok kenakan adik2 nih kat checkpoint memasing. (checkpoint aku takde denda, checkpoint2 yang bleh kenakan denda tu lagi laa seronok.)


checkpoint terakhir kat dataran. kat situ diorang kena lengkapkan task memasing (bina bangunan guna lidi sate + siapkan puzzle...lagi). oh ye, diorang ada 'trademark' (cheer) untuk group memasing. best gle weh.

pastu...sampai acara penutup. majlis penutup kat DS (lunch skali).


sementara tunggu majlis start. makanan dibiarkan sejuk begitu sahaja T^T

sebelum majlis start, 'pemangku' ketua fasi Shazani ada ajar 'tepuk semangat' ke apa ntah namanya. sbnrnya dari malam tadi de ada ajar, tapi kat budak laki je. buat reramai jadi gempak plak. malangnya aku tak dapat tangkap...sampai ar kat umah. tengok balik video baru dapat catch up. gle lambat.


MC majlis, Natrah. dinding blakang tu, time kitorang skolah sini, takde cantik bercat camtu. haha. kat tempat ni gak ar aku slalu main ping pong ngan Kak Slim. sampai terer main ping pong...takde laa terer pun, ok2 je. ngehehe. gle ketagih ping pong ar time tu. satu2nya sport yang aku terer main.

abes ucapan sume, boleh makan dah...ditemani slideshow of the stuff yang happened along program ni. video + gambar2 sepanjang program kena tayang kat depan...haha.


amek gambar sume2 + pengetua. ni je satu2nya group photo yang aku ada...sedey ar. tak center!! waaakh. nak gambar lain!!
(carik ar aku...pendek je)

pastu...kemas2 barang...balik dah...wah sedeyyy!! nak stay lama lagi...tapi tak bersebab plak kan. nak stay lelama, nak borak ngan member2 lagi lama, nak tau up-to-date apa yang diorang buat sekarang, nak reminisce balik time skolah dulu. tapi nak wat camne kan, masa tu sangat pendek.
balik ada orang antar sampai umah trus weh...rasa sangat bertuah (ingat nak amek bas je, balik sama Mai + Yuni tapi ada rezeki X3) sampai phone tertinggal dalam keta orang. gle laa. nasib gak keta tu milik orang yang dikenali, duduk pun tak jauh. *phew*

itu laa...Program MUST iN dari mata saya. hohoho.

ps : sori entry tak formal. tapi seronok menaip. haha.

ps2 : baru sedar tak publish pun entry ni...ahaha...(ditaip pada : 21 Mei 2008)